Saturday 31 December 2016

ZIYY ZEETA DI RAMADAN 2015

Dear readers,

Kali ini Ziyy Zeeta nak cerita pengalaman semasa Ramadan 2015. Actually plan asal Ziyy Zeeta adalah nak buka butik. Banyak rupanya homework dan study yang perlu di buat kalau nak buka butik ni. Lain lah kalau dana berjutaan dan bukan duit sendiri. Antara yang faktor penting yang perlu kita buat adalah market study iaitu kena study crowd, lokasi dan kos.

Dari segi crowd, nak pilih area yang target market dan juga jumlah pengunjung. Ziyy Zeeta telah berkomunikasi dengan beberapa mall di sekitar Kuala Lumpur. Harganya sewa sangatlah mahal, belum lagi dibebani dengan kos permulaan seperti deposit 4 bulan, construction deposit, renovation, dan lain-lain lagi. Pendek kata nak sewa butik yang kecil seluas 300sqft memerlukan dana tak kurang dari 50k (tidak termasuk stok), Itu contoh mall yang tak berapa ternama.

Ziyy Zeeta cuba pulak buka booth semasa bulan Ramadhan. Pilihan kami adalah di SACC mall yang sangat terkenal bila musim perayaan. Malangnya, sebab dah agak terlewat semua booth telah penuh dan Ziyy Zeeta cuma dapat booth di bazaar ramadhan di luar mall SACC. Ini lah pertama kali kami berniaga dan memang harga sewa booth di luar jangkaan. Tak sangka tengah panas pon mencecah 5 angka. Nak biznes banyak la dugaan, jika tahun sebelum ini bazaar ramadhan adalah di bawah organizer MR yang sangat top dalam marketing, tahun ini lain pulak organizer. Bukan lah tujuan memburukkan nama organizer ni, tapi memanglah sangat tidak professional. Tiada promosi besar besaran, bahkan canopy yang disediakan pon ala fun fair, mengeluh lah para peniaga di booth ramadhan tahun ni. Dah la tu, baju Ziyy Zeeta juga dicuri pada waktu malam. Deejay pulak tak tau nak hormat bulan Ramadhan, ada ka lepas Maghrib melalak nyanyi lagu rock. Memang la syok sendiri. Company ini owner nya ialah penyanyi wanita yang agak popular era 2000 dan suaminya adalah pemain muzik yang masih aktif. Apa yang traders dapat adalah tidak padan dengan sewa yang lima angka.






Pihak pengurusan SACC sebaliknya sangat professional, mungkin terlepas pandang yang organizer tahun ini tidak berwibawa. Cukup lah sekali menyewa dari organizer yang satu ni. I will definitely avoid dealing with this company.
Seperti yang Ziyy Zeeta kata kan dalam post yang terdahulu, abaya bewarna ala kimono adalah trend yang belum dikenali ramai di Malaysia, Tugas utama Ziyy Zeeta adalah memperkenal kan cara menggayakan abaya kepada pelanggan yang berminat. Ziyy Zeeta dengan senang hati memberi pendapat dan advise kepada customer, Alhamdulillah ramai juga customer yang masih ingat Ziyy Zeeta dan mengenali Ziyy Zeeta bila bertemu di mana mana, I am so touched.
Dalam pada itu ramai juga orang yang ketinggalan tren dalam dunia fesyen abaya. Terpaksa lah Ziyy Zeeta menahan panas telinga di bulan Ramadhan, di tengah kepanasan matahari mendengar cacian dan komen shoppers yang lalu lalang. Ada yang cakap baju tidor, ada yang kata baju nak melawat orang mati. ada yang compare dengan abaya murah dari Indonesia dan Pakistan. Walau bagaimana pon masih ramai customer classy yang up todate, willing to try new trends, open to a new fashion yang membeli abaya moden Ziyy Zeeta. Ini memberi semangat baru untuk Ziyy Zeeta meneruskan perniagaan abaya ini,