Wednesday, 25 May 2016

ADA APA DENGAN ABAYA

 Ada apa dengan cinta? Ooops..itu tajuk filem Indonesia kan. Popular jugak filem tu. Lagu dari filem tu pun sedap didengar. Baru-baru ni ada sequel filem tu tapi cheq tak pergi tengok pun. Lewat kebelakangan ni cheq busy sikit. Tu yang tak sempat nak tengok movie. Oklah berbalik pada cerita kita. Sebenarnya cheq nak cakap..."Ada Apa Dengan Abaya Ziyy Zeeta". Mungkin ramai yang tak tahu kan... So hari ni cheq nak cerita sikit pasal abaya Ziyy Zeeta. 

Well...abaya Ziyy Zeeta ni memang special sebab cheq sendiri yang handpicked abaya tu. Cheq pergi sendiri ke Dubai tau. Cheq masuk dari satu kedai ke satu kedai cari abaya dan pilih yang cantik dan berkualiti. Sebab cheq tak mau customer cheq dapat abaya yang tak elok. Cheq nak customer cheq selesa puas hati dan bangga pakai abaya Ziyy Zeeta.

Meredah panas mentari di Dubai

Antara kedai yang kami singgah

Intan tak lepas peluang try abaya


Kedai ni pun kami singgah juga

 


Pilih sendiri abaya yang cantik dan berkualiti

Selain dari abaya, cheq juga beli jalabiya dan perfume oud untuk di bawa balik. Jadi sesiapa yang berminat dengan jubah jalabiya atau nak berwangi-wangian dengan perfume oud, Jangan lupa dapatkan dari Ziyy Zeeta. 

Beli jalabiya di sini





Kalau bab try serah kat dia hihi
Perfume Oud juga ada cheq beli




Dah alang-alang kat sana, cheq dengan Intan berjalan-jalan la jugak melihat kota Dubai ni..


Sampai juga depan Burj Khalifa


Cantiknya Burj Khalifa di waktu malam








On the way balik, kita orang transit di Hong Kong. Tapi tak sempat nak beli apa-apa sebab sejuk sangat. Kita orang pakai abaya masa keluar jenjalan di Hong Kong hihi..

Okaylah, cheq stop kat sini dulu. Sesiapa yang berminat nak dapatkan abaya atau jalabiya atau perfume oud, boleh whatapps atau sms cheq ya. Until then, wassalam.

Ziyy Zeeta
011-11032700



Saturday, 21 May 2016

ABAYA... TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Lewat kebelakangan ni kita tengok trend pemakaian pakaian wanita Muslim Malaysia dah banyak berubah. Fesyen berjubah mulai menjadi pilihan. Jika dulu baju kurung menjadi pilihan bila pergi kerja, atau pergi kenduri, atau bila keluar bersantai bersama keluarga, sekarang ini jubah pula menjadi pilihan. Menariknya, terdapat berbagai fesyen jubah yang dijual di Malaysia sekarang ini. Dan yang paling menarik, ABAYA juga mulai mendapat perhatian dari wanita Malaysia. 



Apakah itu ABAYA? Abaya sebenarnya adalah pakaian luar (outer-garment) yang dipakai oleh wanita di negara Arab amnya. Ianya berlengan panjang, labuhnya hingga ke lantai dan secara tradisionalnya berwarna hitam. Abaya biasanya dipakai diatas pakaian biasa bila seseorang wanita itu keluar dari rumah. Ianya bersifat longgar bagi menutup bentuk badan seseorang wanita berkenaan. 



                     

Abaya boleh dipakai bersama tudung/hijab atau boleh juga dipakai tanpa tudung. Ada juga wanita yang memakai Abaya bersama-sama dengan niqab, burqa atau shayla. 





Abaya terbahagi kepada 2 jenis.. yang dipakai dari bahu atau pun yang di pakai dari kepala. Walaupun pada asalnya Abaya ini hanyalah simple dan mudah, peredaran masa telah menyaksikan berlakunya revolusi kepada Abaya ini. Abaya mulai dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti jahitan sulaman dan dijahit manik, labucci dan lain-lain hiasan menjadikan ianya lebih menarik dan up-to-date.





Perubahan masa juga menyaksikan Abaya turut mengalami revolusi. Dari Abaya yang tradisionalnya berwarna hitam, Abaya mulai berubah kepada beberapa warna lain. 









Apa yang menarik tentang Abaya ini adalah, ianya mula mendapat perhatian pengeluar-pengeluar pakaian yang terkenal seperti Dolce & Gabbana, Versace, DKNY, Oscar de la Renta, Tommy Hillfiger dan lain-lain, yang mula memasarkan Abaya ciptaan masing-masing. Selebriti terkenal Hollywood juga sudah mula memakai Abaya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. 














Jelas sekali Abaya sudah mulai memasuki pasaran dan mulai menarik minat masyarakat baik masyarakat antarabangsa, maupun masyarakat domestik. 

Justru, bagi peminat Abaya, kunjungilah butik Ziyy Zeeta. Kami menyediakan Abaya yang ekslusif dari Dubai yang sesuai dipakai pada setiap majlis. 

Ziyy Zeeta
011-11032700