Lewat kebelakangan ni kita tengok trend pemakaian pakaian wanita Muslim Malaysia dah banyak berubah. Fesyen berjubah mulai menjadi pilihan. Jika dulu baju kurung menjadi pilihan bila pergi kerja, atau pergi kenduri, atau bila keluar bersantai bersama keluarga, sekarang ini jubah pula menjadi pilihan. Menariknya, terdapat berbagai fesyen jubah yang dijual di Malaysia sekarang ini. Dan yang paling menarik, ABAYA juga mulai mendapat perhatian dari wanita Malaysia.
Apakah itu ABAYA? Abaya sebenarnya adalah pakaian luar (outer-garment) yang dipakai oleh wanita di negara Arab amnya. Ianya berlengan panjang, labuhnya hingga ke lantai dan secara tradisionalnya berwarna hitam. Abaya biasanya dipakai diatas pakaian biasa bila seseorang wanita itu keluar dari rumah. Ianya bersifat longgar bagi menutup bentuk badan seseorang wanita berkenaan.
Abaya boleh dipakai bersama tudung/hijab atau boleh juga dipakai tanpa tudung. Ada juga wanita yang memakai Abaya bersama-sama dengan niqab, burqa atau shayla.
Abaya terbahagi kepada 2 jenis.. yang dipakai dari bahu atau pun yang di pakai dari kepala. Walaupun pada asalnya Abaya ini hanyalah simple dan mudah, peredaran masa telah menyaksikan berlakunya revolusi kepada Abaya ini. Abaya mulai dihiasi dengan pelbagai hiasan seperti jahitan sulaman dan dijahit manik, labucci dan lain-lain hiasan menjadikan ianya lebih menarik dan up-to-date.
Perubahan masa juga menyaksikan Abaya turut mengalami revolusi. Dari Abaya yang tradisionalnya berwarna hitam, Abaya mulai berubah kepada beberapa warna lain.
Apa yang menarik tentang Abaya ini adalah, ianya mula mendapat perhatian pengeluar-pengeluar pakaian yang terkenal seperti Dolce & Gabbana, Versace, DKNY, Oscar de la Renta, Tommy Hillfiger dan lain-lain, yang mula memasarkan Abaya ciptaan masing-masing. Selebriti terkenal Hollywood juga sudah mula memakai Abaya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.
Jelas sekali Abaya sudah mulai memasuki pasaran dan mulai menarik minat masyarakat baik masyarakat antarabangsa, maupun masyarakat domestik.
Justru, bagi peminat Abaya, kunjungilah butik Ziyy Zeeta. Kami menyediakan Abaya yang ekslusif dari Dubai yang sesuai dipakai pada setiap majlis.
Ziyy Zeeta
011-11032700
No comments:
Post a Comment