Monday, 25 July 2016

TOP 10 SALAH FAHAM MENGENAI ABAYA DI MALAYSIA PART 2

Ziyy Zeeta nak sambung top 10 salah faham mengenai abaya di mana ada 5 lagi persepsi yang perlu di betulkan.

No 5
Pakai abaya panas dan tak sesuai dengan iklim kita
Iklim di timur tengah yang panas membuatkan fabrik yang di pilih untuk Abaya adalah serap udara dan air. Koleksi Ziyy Zeeta dari dubai adalah dari fabrik crepe, nada, lexus, jersey yang ringan tetapi tidak melekat di badan.

No 4
Abaya adalah jubah untuk ke umrah
Ada sedikit kebenaran tetapi abaya sebenarnya adalah pakaian yang di pakai di mana2 saja. Ramai orang kita yang kenal abaya ketika mengerjakan umrah dan haji jadi tidak hairan lah ini persepsi mereka. Tengok gambar2 di bawah abaya, street style di ambil oleh photographer Muaz Archour



No 3
Pakai abaya tk payah pakai apa2 kat dalam
Part ni memang masaalah besar nak explain kepada customer. Kebanyakan abaya modern di pakai dengan legging atau kain didalam. Kain yang ringan dan sejuk memang perlu di pakai inner supaya tidak jarang bila di tengah panas. Kalau nak begaya, kena lah rajin sikit. Beli kain anak yang tipis atau legging yang juga boleh double up sebagai hiasan. Nanti Ziyy Zeeta come up with a post, apa ada di dalam abaya anda.. what is underneath your abaya.

street style  spotted by Muaz Archour
Wear legging inside ala Dolce Gabbana


No 2
Abaya pakai untuk ke masjid dan kelas agama
Waktu paling banyak kelihatan abaya resurface adalah bulan Ramadhan ketika solat terawih. Ziyy Zeeta pon suka sangat tengok bila ramai orang2 kita menggayakan abaya. Selalunya lepas terawih semua akan ke kedai mamak minum teh tarik. Lebih manis memakai abaya dari memakai telekung ke restoran kan.
Bagaimana pon abaya bukan lah hanya untuk ke masjid. Mengikut gaya dan warna, abaya sesuai ke mana2 sahaja.

No 1
Abaya untuk orang tua...mak dan nenek sahaja
Yang ini selalu sangat Ziyy Zeeta dengar. Abaya adalah untuk semua peringkat umur dari anak2 sampai lah orang tua.


Thank you sebab sudi membaca coretan Ziyy Zeeta, jumpa lagi di post akan datang.
Ziyy Zeeta





No comments:

Post a Comment