Monday, 18 July 2016

TOP 5 ABAYA DESIGNER PART 1

Ziyy Zeeta sangat mengagumi abaya designer dan berharap suatu hari nanti brand Ziyy Zeeta akan bertapak di hati peminat abaya sebagaimana premium abaya designer ini bertakhta di hati Ziyy Zeeta

Terlalu banyak Abaya designer yang di kagumi tapi Ziyy Zeeta dah short listed supaya pembaca tak pening kalau nak discuss ramai2. Lagi pon Abaya bukan lah fashion mainstream di Malaysia. Cuma segelintir saja peminat abaya tapi Ziyy Zeeta sangat berharap peminat abaya akan berkembang dan bertambah di sini.

No 5
Effa Al Dabbagh dari Saudi Arabia
Butik Effa terletak di Mall yang posh dan high end seperti di Palm Strip dan Dubai Mall
Pernah memenangi 2015 Best Abaya Designer Middle East Fashion Award
Abaya Couture selalu memaparkan design yang romantik dan di penuhi warna lembut.


                     
Antara koleksi menarik abaya couture dari Effa yang  bermula dari RM3,000

No 4
Arabesque
Designer adalah Judith Duriez berasal dari France yang berhijrah ke U.A.E
Arabesque sheilas and abaya di lancarkan pada tahun 2001


Harga abaya arabesque yang bermula dari RM2000

No 3
DAS
Dua adik beradik iatu Reem dan Hind Beljafla yang belajar di London dalam bidang interior.
Rekaan abaya Das adalah stylish dan funky namun masih mengekalkan identiti abaya.
Amat sukar untuk memilih abaya dari Das kerana semua design adalah sangat OMG.



Harga koleksi Das bermula dari RM2000. Phew.. 


Ziyy Zeeta akan sambung Top Abaya Designer dalam post seterusnya. Sementara itu mimpi kan abaya yang sopan dan cantik2 yang Ziyy Zeeta post di atas ya..

Ziyy Zeeta

No comments:

Post a Comment